Monday, July 13, 2009

Komunisma Dan Kronologi Kemerdekaan Malaysia

1930 - April Parti pertama di Tanah Melayu ditubuhkan. Parti Komunis Malaya (PKM)

1936 - PKM menggerak Anti-Japanese China Salvation Movement. PKM penggerak kepada Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA)

1941 8 Disember - Jepun mulakan kempen ke atas Tanah Melayu.

1942 15 Februari - Jepun menguasai seluruh Tanah Melayu dan Singapura. British dikalahkan.
Sabah dan Sarawak juga dikalahkan dalam tempoh yang sama . Penduduk Cina menderita. Masalah perkauman tercetus.


1943 - Cadangan menubuhkan Malayan Union oleh British.

1945 6 Ogos - Bom atom 'Little Boy' di gugurkan oleh Presiden USA, Harry S. Truman dan Hiroshima.

1945 9 Ogos - Bom atom 'Fat Man' di gugurkan oleh Presiden USA, Harry S. Truman dan Nagasaki.

1945 15 Ogos - Jepun menyerah kalah dari tanah.

1945 4 September Jepun berundur dari Singapura dan Sumatera.

1945 10 Oktober - Parlimen British luluskan Malayan Union.

1945 - PKM dibenarkan untuk bergiat secara terbuka oleh British.

1946 1 Mac - 38 buah Parti Melayu dari seluruh Malaya dan Singapura berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman menentang Malayan Union.

1946 11 Mei - UMNO di tubuhkan di Istana Besar Johor Bahru oleh Dato' Onn Jaafar.

1948 - PKM memulakan penentangan bersenjata terhadap British. PKM ingin
menubuhkan sebuah negara Komunis.


1948 - Disember Dato' Onn, Presiden UMNO panggil mesyuarat dengan kaum Cina.

1948 12 Januari - Darurat diisytiharkan sebab ancaman PKM.

1948 21 Januari - UMNO dengan kerjasama Raja-raja Melayu menubuhkan Kerajaan Persekutuan Malaya menggantikan Malayan Union.

1948 1 Februari - British tubuhkan Kerajaan Persekutuan Malaya.

1949 Januari - Pesuruhjaya Tinggi British, Malcolm MacDonald panggil mesyuarat Melayu dan Cina, tubuhkan Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum (Communities Liason Committee).

1949 27 Februari - Ketua AMCJA (All Malaya Council of Joint Action), Tan Cheng Lock tubuhkan MCA, di sokong oleh Leong Yew Koh dan T.H. Tan.

1949 - PKM lempar bom tangan di Dewan MCA Perak. Tan Cheng Lock dan 4 lain cedera.

1950 - PKM serang Balai Polis Bukit Kepong, semua anggota polis dan keluarga mereka terbunuh.

1950 25 Februari - Mesyuarat UMNO, mengadakan sembahyang untuk perwira negara yang terkorban.

1950 - Rusuhan Natrah di Singapura.

1950 - Dato' Onn Jaafar berbalah dengan UMNO.

1951 - Dato' Onn Jaafar meninggalkan UMNO kerana cuba membuka pintu kepada
bangsa-bangsa lain ke dalam UMNO.


1954 - Gerakan menuntut pilihanraya di mulakan.
- Majlis Meja Bulat, UMNO dan MCA di adakan.
- UMNO dan MCA menang bersih pilihanraya tempatan dan bandaran.
- MIC menyertai Parti Perikatan.

1955 31 Julai - Pesuruhjaya Tinggi British tawarkan 10 kerusi kabinet dan 10 kerusi untuk pegawai kerajaan.

1955 - Pelampau Cina, melalui Persekutuan Guru-guru Sekolah Cina menuntut supaya bahasa Cina di jadikan sebagai salah satu bahasa rasmi.

1955 - Tunku, Tan Cheng Lock dan wakil Guru, berbincang di rumah TCL.

1955 - Manifesto Perikatan di capai. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi.

1955 27 Julai - Pilihanraya pertama di Malaya, UMNO menang 51 dari 52 kerusi yang
dipertandingkan.


1955 7 Oktober - Setelah perikatan menang, ucapan radio mengatakan PKM bersetuju untuk
berjumpa Tunku Abdul Rahman.


1955 28 Disember - Rundingan Tunku Abdul Rahman disertai oleh Dato' Sir Tan Cheng Lock, David Marshal, Too Joo Hing, T. H. Tan dan setiausaha sulit Tunku, Shafie Abdullah dengan ketua Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng disertai oleh Rashid Maidin dan Chien Tien di Baling, Kedah. Chin Peng tidak percaya British akan memberi kemerdekaan kepada Malaysia. Berjanji untuk berhenti berjuang jika Malaya merdeka. Chin Peng tidak berbuat demikian setelah Malaya merdeka.

1957 31 Ogos - Malaya mencapai kemerdekaan secara Perlembagaan melalui perikatan,
(UMNO, MCA & MIC) yang diterajui oleh Allahyarham Tunku Abdrul Rahman."

1957 - Falsafah PKM menyusup di Parti Rakyat Malaya dan Parti Buruh Malaya
(masing-masing di Malaya dan Singapura. Mereka bergabung dalam Barisan Sosialis Rakyat Malaysia.


1958 9 Julai - 118 pengganas komunis menyerah diri di Perak Selatan.

1959 - MCA di susupi golongan muda, pimpinan Dr. Lim Chong Eu mahu menamatkan
apa yang di sangka sebagai penguasaan UMNO kepada Parti Perikatan.
Menuntut supaya bahasa Cina menjadi bahasa rasmi negara.


1959 12 Julai - Tunku menolak semua tuntutan segelintir dari pemimpin golongan muda MCA.
Tunku tetap menghargai pemimpin-pemimpin Cina lain seperti
Tan Siew Sin, Tun Ong Yok Lin dan T. H. Tan.


1959 - MCA berpecah dua. Pemimpin MCA lama menjadi parti bebas dan MCA baru diterajui oleh Tun Tan Siew Sin.

1959 - Disebabkan tuntutan MCA itu Tunku mengugut untuk meletak jawatan sebagai Perdana Menteri untuk di serahkan kepada Tun Abdul Razak sekiranya MCA baru di bawah pimpinan Tan Siew Sin.

1959 - PAS dan UMNO bertikam lidah. PAS mahukan semua orang Cina di hantar balik
ke negara Cina.


1959 - Yang dipertuan Agong mengeluarkan arahan kepada mereka supaya
peperangan mulut dihentikan kerana khuatir menjadi pergaduhan dan rusuhan.


1959 - Perikatan menang 74 kerusi dari 103 kerusi yang dipertandingkan.(Perikatan 74,
PAS 13, Parti Sosialis 8, Parti Progresif Rakyat 4, Parti Negara 1, Parti Malaya 1
dan Bebas 3).


1959 - Dr. Lim Chong Eu meminta maaf kepada Tunku Abdul Rahman dan mengaku termakan dihasut oleh Persatuan Guru-guru Sekolah Cina.

1959 - Hubungan UMNO, MCA dan MIC menjadi erat.

1959 - Disember "Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar ditubuhkan.
Tun Abdul Razak masih lagi menteri pertahanan dan Menteri Dalam Negeri."


1959 - Pada mulanya Tun Tan Siew Sin curiga dengan UMNO kerana melihat Dato' Onn Jaafar yang mengasaskan UMNO sendiri telah keluar dari UMNO. Kemudiannya Tun Tan Siew Sin menjadi seorang pemimpin kuat dalam Parti Perikatan. (Tunku bertanya mengapa perubahan itu berlaku? Tun Tan Siew Sin kemudiannya menjelaskan melalui surat yang panjang kepada Tunku Abdul Rahman, antaranya ialah ucapan terima kasih beliau memberikan kerakyatan kepada bangsa-bangsa lain terutamanya Cina dan India.

1960 - Falsafah yang nasionalis tetapi pro-sosialis, pro-sukarno, pro-komunis telah menyerap masuk ke dalam akhbar Utusan Melayu. Majoriti pemegang saham Utusan Melayu ialah ahli UMNO. Utusan Melayu dipulaukan sehingga menjatuhkan pasaran. Pengurusannya gagal bayar gaji pekerja.

1960 31 Julai - Agong isytiharkan darurat dari ancaman komunis tamat iaitu selepas 12 tahun.

1960 - Pembukaan tanah-tanah di luar bandar oleh Tun Abdul Razak.

1961 - UMNO ambil alih Utusan Melayu. Wartawan-wartawannya mogok dan ia diketuai
oleh wartawan Singapura, Said Zahari yang dikatakan pro-sosialis, pro-sukarno dan berhaluan kiri. Said Zahari pula mengatakan beliau hanya mempertahankan kebebasan akhbar.


1961 27 Mei - Tunku Abdul Rahman menyatakan hasrat pergabungan Singapura, Sabah,
Sarawak dan Brunei perlu bergabung dengan Malaya.


1961 03 Jun - Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew, menyatakan sokongan kepada Tunku Abdul Rahman. Singapura belum merdeka lagi pada waktu ini.

1961 Oktober - Parlimen Malaya meluluskan sokongan gagasan tersebut.

1961 04 November - UMNO menganggap gagasan tersebut sebagai Melayu Raya.

1962 21 Julai - Sultan Brunei, Sir Omar Saifudin mengumumkan Dewan Undangan Brunei
menerima konsep Malaysia.


1962 - Pemberontakan oleh pergerakan bawah tanah,
Tentera Nasional Kalimantan Utara (TNKU) di bawah Parti Rakyat Brunei
di ketuai oleh A.M. Azahari bin Sheikh Mahmud.


1963 - Brunei membatalkan hasrat menyertai Malaysia kerana syarat-syarat
yang tidak menguntungkan mereka.


1963 16 September - Singapura menyertai Malaysia.

1963 - Lee Kuan Yew mengenakan dasar "Malaysian Malaysia" berdasarkan meritokrasi.

1963 19 Oktober - Alex Jossey dari 'Buletin Australia' memuji LKY, kaum China dan Disnasti China dan mengatakan Melayu berketurunan lanun.

1963 Disember - 8 perajurit Malaysia terkorban di bom tangan tentera PKI di Kelabakan,
Tawau, Sabah.


1964 - Sukarno dengan kerjasama PKI melakukan operasi tentera Ganyang Malaysia.

1964 - Tidak lama selepas operasi Ganyang Malaysia, pemimpin PAS, Dr. Burhanuddin, pemimpin Parti Rakyat, Ahmad Boestamam dan pemimpin Barisan Sosialis Rakyat Malaysia, Ishak Haji Mohammad (Pak Sako) telah di tahan bersama yang lain-lain (Dato' Raja Abu Hanifah, Dato' Kampo Rajo, Aziz Ishak dan Rais Anuar).

1964 23 April - Dato Dr. Ismail Dato' Abd Rahman, Menteri KDN menandatangani Kertas Putih Kerajaan Malaysia bertajuk "Hasrat Indonesia Terhadap Malaysia".

1964 - Pilihanraya. Perikatan menang 89 kerusi dari 104 kerusi.

1965 - Malaysia menjadi anggota tetap Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu.

1965 - Sukarno dihancurkan oleh Presiden Suharto melaui pemberontakan Gestapo.

1965 Mei - Ucapan terakhir LKY, mengatakan "hak istimewa orang Melayu dan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bukanlah jawapan kepada
masalah ekonomi Melayu.''


Ucapan Mahathir dalam masa yang sama mengatakan ''cara Kuala Lumpur memerintah orang Cina tidak boleh dilaksanakan di Singapura. Mereka tidak pernah diperintah orang Melayu dan taktik memulas tangan pastinya akan menghadapi tentangan yang keras". Mahathir benar-benar rasa tercabar.

1965 01 Jun - LKY mendesak supaya "Malaysian Malaysia" ditentukan oleh Singapura, Sabah, Sarawak, Melaka dan Pulau Pinang sendiri menentukannya.

1965 Jun - Tunku berada di London menghadiri Persidangan Perdana Menteri Komanwel di London tetapi terpaksa berada di hospital kerana diserang penyakit ''Kayap.''

1965 9 Ogos - Singapura dikeluarkan dari Malaysia. Lee Kuan Yew menangis disiarkan oleh RTM.

1965 - Setiausaha Agung UMNO Malaysia, Tan Sri Syed Jaafar Albar meletak jawatan.

1966 11 Mac - Suharto mengambilalih kuasa dari Sukarno. Konfrantasi Ganyang Malaysia
di tamatkan.

1969 13 Mei - Rusuhan kaum di Malaysia tercetus.

1974 - Tunjuk perasaan oleh pelajar-pelajar kerana mendakwa penduduk di Baling miskin dan mati kebuluran.

1974 - 20 Komunis keluar hutan kerana menyangka pelajar telah bangkit dan PKM akan mendapat sokongan rakyat.

1974 14 Disember - Anwar Ibrahim ditahan ISA kerana menghasut pelajar

1975 5 Januari - Tunjuk perasaan tiada asas dan disifatkan sebagai dusta.

1989 - PKM menyerah kalah kepada kerajaan Malaysia memalui satu perjanjian di Hatyaai.

Kepentingan Mengambil Nutrien

Di Petik Daripada Buku 'Dead Doctors Don't Lie' Karangan Dr. Joel D. Walach

Dr. Joel Wallach

Kebanyakan manusia mati secara semula jadi pada usia yang jauh lebih muda daripada potensi genetik mereka. Dalam proses autopsi, bukti forensik menunjukkan yang puncanya ialah kekurangan mineral. Jangan biarkan ini terjadi kepada anda dan orang yang anda sayangi kerana ia boleh dicegah dengan mudah.

Memperkenalkan Dr. Joel Wallach

Dr. Joel Wallach telah terlibat selama lebih dari 40 tahun dalam penyelidikan bioperubatan dan klinikal. Selain mempunyai latarbelakang perubatan, beliau mempunyai ijazah Bachelor of Science Agriculture dari University Missouri dengan major dalam pemakanan haiwan temakan dan minor dalam tanaman dan tanah ladang. Beliau juga merupakan doktor perubatan veterinar dari University Missouri dan pemegang ijazah Perubatan Naturopati dari National College of Naturopathic Medicine di Portland, Oregon.

Beliau kerap muncul di televisyen rangkaian dan program temubual radio selaku pakar penyakit yang berpunca daripada mineral surih dan nadir bumi. Beliau juga menjadi hos rancangan radio bersiri terbitan sendiri. Setiap tahun beliau memberikan taklimat kepada lebih kurang 300 sidang mengenai pemakanan untuk orang awam dan persatuan professional. Beliau juga merupakan Ketua Editor majalah kesihatan altematif popular, Health Consciousness.

Sewaktu bekerja sebagai veterinar, Dr Wallach telah meneliti dan menghayati bagaimana untuk mencegah dan menyembuh penyakit pada haiwan melalui pemakanan. Selama 12 tahun, beliau telah melakukan 17,500 autopsi terhadap 454 spesis haiwan yang berbeza dan 3,000 orang manusia. Daripada fakta yang terkumpul beliau memfokuskan perhatiannya kepada kepentingan keseimbangan khasiat pemakanan. Setiap haiwan dan manusia yang mati secara semula jadi sebenamya mati akibat kekurangan khasiat pemakanan.

Beliau mendokumenkan penemuan autopsi ini secara kimia dan biokimia. Beliau menulis 75 artikel saintifik dan 9 buku teks karangan bersama. Sebagai pengamal perubatan, beliau menggunakan pengalamannya mengenai khasiat pemakanan dalam sains veterinar kepada pesakitnya selama 12 tahun dan tidak hairanlah ia berkesan.

Pada 1991, Dr. Wallach telah mendapat pencalonan Hadiah Nobel.

Dr. Wallach mempunyai mesej istimewa yang hendak dikongsi bersama jutaan manusia. Ini boleh menyelamatkan nyawa anda dan orang yang tersayang. la boleh memanjangkan usia dan hidup lebih sihat. Ini adalah mesej Dr. Wallach.

Dead Doctors Don't Lie : Mesej

Panjang Umur dan Kesihatan

Apa yang saya ingin kongsi malam ini ialah apa yang saya pelajari selama 10‑12 tahun menggunakan pemakanan kepada pesakit manusia. Jika anda bawa pulang 10% sahaja, ia akan menjimatkan anda daripada kesengsaraan yang tidak terkira jumlahnya, dan menjimatkan banyak wang. la akan menambah kesihatan hidup anda bertahun lamanya. Jika hidup anda tidak sihat, anda tidak akan mencapai potensi genetik. Anda perlu lakukan sesuatu.

Perkara pertama yang perlu saya lakukan ialah meyakinkan anda yang ia berbaloi untuk dilakukan. Benarkan saya mulakannya dengan meyakinkan anda yang potensi genetik untuk manusia hidup ialah 120‑140 tahun.

Statistik penyelidikan menunjukkan yang potensi genetik manusia ialah 120 ke 140 tahun. Tidak kurang 5 tamadun di dunia yang secara rutinnya hidup lebih 120 ke 140 tahun. Mereka termasuklah Tibetan, Hunza dari Timur Pakistan, Armenia dari Rusia, Indian Bilkabambi dari Andes di Ecuador, dan Titicacan dari Tasik Titicaca di Peru.

Di Rusia, Armenian, Abcausian, Azerbaijani adalah terkenal dan kajian telah dilakukan selama 60 tahun terhadap mereka kerana mereka secara rutinnya hidup sehingga 120 ke 140 tahun. Malah, pada 1973, The National Geographic keluaran bulan Januari, telah mengeluarkan artikel istimewa mengenai manusia yang hidup selama 100 tahun ke atas. Terdapat beberapa gambar yang telah dirakamkan oleh The National Geographic menayangkan imej mereka.

Salah satunya menunjukkan seorang lelaki sedang memetik daun teh di Gunung Caucasus di Armenia dan berdasarkan rekod kelahiran, rekod pembaptisan, rekod kelahiran anaknya, National Geographic melaporkan yang beliau berumur 167 tahun, orang tertua ketika itu. The National Geographic dan Guinness World Book of Records melaporkan serta merakam gambar yang menunjukkan mereka yang berumur lebih seabad ini masih mempunyai gigi asal, melahirkan anak selepas 100 tahun, aktif malah berpesta dengan vodka dan cerut. Mereka ini ialah orang yang masih menjalani kehidupan yang baik, bukannya berada di rumah penjagaan.

Satu fakta menarik didokumenkan di Guinness World Book of Record adalah orang Amerika tertua ketika ini, Margaret Stitch dari Redford, Virginia mati pada umur 115 tahun. Beliau mati disebabkan kompilasi jatuh, iaitu penyakit kekurangan kalsium, osteoporosis. Beliau tidak mengidap penyakit jantung, kanser, diabetes ataupun penyakit lain. Beliau mati 3 minggu selepas jatuh kerana kekurangan kalsium. Pada November 1993 di Arizona, sukarelawan yang keluar dari kubah, yang telah mereka tinggal selama 2 tahun di dalamnya, dijangka boleh hidup sehingga 165 tahun jika mereka masih melakukan apa yang telah mereka lakukan di persekitaran yang sempuma dan terjaga itu. Mereka sepatutnya makan makanan yang atmosfera serta menghasilkan makanan sendiri dan tiada pencemaran pada air, udara dan makanan. Setelah mereka keluar, mereka telah diperiksa oleh doctor UCLA. Selepas pemeriksaan kesihatan, ujian darah dan lain-lain, komputer perubatan menjangkakan yang mereka mampu hidup sehingga 165 tahun.

Apa Yang Boleh Anda Lakukan

Jadi saya mahu anda fikirkannya. Purata jangka hayat orang Amerika ialah 75.5 tahun. Purata jangka hayat doktor perubatan ialah 58 tahun. Jika anda mahu umur anda ditambah 20 tahun lagi secara statistik, jangan pergi ke sekolah perubatan. Jika anda mahu hidup sehingga 120 ke 140 tahun, ada 2 perkara asas yang perlu dilakukan. No.1, elakkan periuk api yang bermaksud anda mesti elakkan daripada melakukan perkara bodoh dan membunuh diri anda secara tidak sengaja dan sia-sia. Seperti merokok berlebihan atau memakai baju sejuk hitam dan berlari ke tangah jalanraya lebuhraya pada pukul 2 pagi lalu dilanggar kereta. Semua ini nampak bodoh, tetapi setiap tahun, beribu rakyat Amerika mati kerananya.

Satu lagi periuk api ialah elakkan ke hospital. Peguambela pengguna, Ralph Nader, menyatakan dengan tegasnya dalam laporan setebal 1,500 muka dari kajian 3 tahun ke atas punca kematian di hospital Amerika, bahawa, “300,000 ribu orang Amerika terbunuh setiap tahun di hospital akibat kecuaian perubatan”. 300,000 orang mati bukan kerana mereka mati secara biasa tetapi terbunuh! Terbunuh, yang bermaksud kesilapan prosedur yang dilakukan oleh doktor ketika memberikan preskripsi. Meletakkan titik yang salah dan memberi dos yang salah. Memang menakutkan, inilah punca sebenar kematian 300,000 orang. Untuk melihat sebesar mana angka tersebut, bandingkan dengan kematian tentera di Vietnam selama 10 tahun. Amerika kehilangan 56,000 orang dalam 10 tahun dan jutaan jutaan manusia membantah di jalanan, mengambil alih universiti dan kolej dengan senjata dan bahan letupan, menembak pengawal negara malah menjatuhkan Presiden kerana purata 5,600 anggota tentera mati setahun. Kini terdapat profesyen yang mengambil cukai anda dalam bentuk insurans perubatan dan membunuh 300,000 orang setahun menurut Ralph Nader. Tetapi, tiada seorang pun yang keluar membantah di jalanraya. Fikirkan!

Jadi, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah elakkan memijak periuk api. Dengan mencegah penyakit, anda tidak perlu dirawat di hospital. Perkara kedua ialah anda perlu melakukan perkara positif, iaitu anda perlu dapatkan 90 nutrien dalam diet anda setiap hari. Anda memerlukan 60 jenis mineral, 16 vitamin, 12 asid amino dan 3 asid lemak penting. Anda memerlukan 90 nutrien dalam diet anda. Jika tidak, anda akan mendapat penyakit akibat kekurangannya, jika anda tidakmengambil dalam jumlah yang lengkap dan amaun yang optimum.

Artikel kegemaran saya keluar di Majalah Time pada 6 April, 1992. Jika anda belum membacanya, saya galakkan anda mencarinya di perpustakaan sekolah atau perpustakaan awam dan membuat salinannya. Letakkan di pintu, bilik air dan peti ais. Tajuk artikel itu menyebut, "Kuasa Sebenar Vitamin". Penyelidikan terbaru menunjukkan vitamin membantu melawan kanser, sakit jantung dan dimamah usia. Terdapat enam laporan positif dan satu negatif yang dikeluarkan oleh doktor perubatan yang disoalkan oleh penulis artikel tersebut.

"Apa pendapat anda mengenai pengambilan vitamin dan mineral tambahan?"

"Memakan vitamin tidak memberi kesan baik kepada anda", jawab Dr. Victor Herbert profesor perubatan di Fakulti Sains dan Perubatan New York.

"Kita mendapat keperluan vitamin dalam diet kita dan makanan tambahan hanya memberikan kita air kencing yang mahal". Diterbitkan.

Adakah ia betul? Setelah melakukan 17,500 autopsi daripada 454 spesis haiwan seluruh dunia dan 3,000 manusia serta sihat, mempunyai anak, cucu dan tak lama lagi cicit, saya rela mengeluarkan 50 sen atau satu dolar lebihan vitamin dan mineral setiap hari. la adalah insurans yang murah. Kerana jika anda tidak melabur kira‑kira satu dolar vitamin dan mineral, apa akan terjadi? Anda akan melabur dalam gaya hidup seperti mana‑mana doktor perubatan.

Penyakit dan Mineral

Ulser

Masalah No. 1 Amerika ialah ulser. Siapakah yang pemah mendengar yang ulser disebabkan oleh tekanan? Ok, semua. Sebenamya, kami tahu lima puluh tahun dulu dalam industri veterinar yang ulser dalam babi disebabkan oleh bakteria "helicobacter Pylori. Kami belajar bahawa dengan mineral surih bismuth dan antibiotik tetracycline, kami boleh mencegah dan mengubati ulser perut babi itu tanpa pembedahan, jadi itu yang kami lakukan. Hanya 5 dolar untuk mengubat ulser perut pada babi dengan bismuth dan tetracycline.

Pada Februari 1994, Institut Kesihatan Kebangsaan menyatakan yang ulser disebabkan oleh bakteria Helicobacter Pylori, bukannya tekanan. Ia boleh disembuhkan. Mereka menggunakan perkataan "sembuh" dalam siaran akhbar itu. Penyelidik perubatan tidak pemah berbuat begitu. Mereka selalu menggunakan, "menunjukkan hasil baik atau mungkin berfaedah". Menggunakan perkataan "sembuh". Institut Kesihatan Kebangsaan berkata, "boleh disembuhkan dengan kombinasi mineral surih bismuth dan tetracycline". Anda boleh mendapatkan bismuth di kedai barangan atau kedai ubat.

Kanser

Apakah sebab kedua kematian di Amerika? Penyakit berbahaya dipanggil kanser. Pada Sept. 1993, Institut Kanser Nasional dan Fakulti Perubatan Harvard di Boston membuat kajian terhadap pesakit kanser dan menyatakan yang diet anti kanser telah ditemui. Mereka memilih China untuk kajian ini kerana Wilayah Hunan di China, mempunyai kadar kanser tertinggi di dunia. Mereka mengkaji 29,000 orang untuk selama 5 tahun. Mereka memberi vitamin dan mineral berbeza sebanyak dua kali ganda keperluan harian mereka. Sebagai contoh, mereka menggunakan Vitamin C untuk 1 kumpulan. Benar RDA untuk vitamin C ialah 60 mg, dua kali ganda ialah 120 mg.

Anda tidak dapat pergi ke kedai makanan kesihatan dan mencari tablet dan kapsul Vitamin C yang kurang daripada 500 mg untuk orang dewasa. Memang benar, Dr. Linus Pauling, pemenang Hadiah Nobel 2 kali mengatakan yang jika anda hendak mencegah atau merawat kanser dengan Vitamin C, anda perlu menggunakan 10,000 mg sehari.

Doktor yang selalu bertelagah pendapat dengannya 35 tahun dulu semuanya telah mati, dan hari ini Dr. Linus Pauling pada umur 94 masih bekerja 14 jam sehari, 7 hari seminggu, tinggal di ladang dan mengajar di Universiti Califomia. Jadi, anda boleh pilih sama ada hendak dengar Doktor mati atau Dr. Linus Pauling. Pilihan anda. RDA Vitamin C digandakan, tiada kesan. RDA Vitamin A digandakan, tiada kesan zinc, riboflavin, mineral surih molybdenum dan niacin, juga tiada kesan, dan satu kumpulan mendapat kesan yang ketara.

Kumpulan ini mendapat 3 nutrien dalam satu masa. Vitamin E, beta carotene dan mineral surih selenium. Ketiga‑tiga RDA digandakan. Sekarang, saya mahu anda tahu jika anda mendapat faedah 1/2 peratus dalam eksperimen khasiat pemakanan atau farmaseutikal, itu boleh dikira perbaikan utama. Saya mahu anda ingat, statistik 1/2 peratus itu. Ini adalah keputusan kajian itu. Untuk kumpulan yang menerima Vitamin E, beta‑carotene dan selenium selama 5 tahun, kematian daripada semua sebab dikurangkan sebanyak 9%. Hampir 10 daripada 100 orang, yang akan mati dalam 5 tahun itu akibat pelbagai penyakit pulih. Yang berpenyakit kanser, 13% pulih kerana 3 nutrien itu. Jadi 13 daripada 100 hidup. Untuk jenis kanser yang terbanyak di Wilayah Hunan, kanser perut danesophageal, 21% hidup. 21 daripada 100 hidup. Sekarang, pada saya, itu adalah angka yang signifikan, dan doktor anda, untuk sebab kedua kematian di Amerika, patut menghantar salinan hasil kajian ini kepada anda.

Arthritis

Pada 24 Sept 1993, Fakulti Perubatan Harvard mengeluarkan laporan mengenai arthritis di Hospital Veteran Tentera. Tajuk laporan itu ialah "Protein Ayam Menghentikan Bengkak dan Kesakitan Arthritis". Mereka mengambil orang yang tidak menunjukkan apa‑apa respons terhadap cara perubatan konvensional untuk penyakit arthritis dan yang hanya tinggal untuk mereka ialah pembedahan pemindahan sendi. 29 sukarelawan ini diberi sesudu teh besar penuh kisaran rawan ayam kering ke dalam jus oren mereka setiap pagi. Hanya sesudu teh besar rawan ayam. Dalam 10 hari, menurut Fakulti Perubatan Harvard, semua kesakitan dan radang telah hilang. Mereka ialah orang tiada respons terhadap apa‑apa cara rawatan perubatan.

Dalam masa 30 hari, mereka boleh membuka balang jeruk baru yang tidak pemah dibuka dan dalam masa 90 hari, semuanya kembali berfungsi secara maksimum. Wanita mengetahui tentang knox gelatine yang mudah didapati dari kedai barangan kerana ia baik untuk kuku, rambut dan kulit, dan ia mempunyai bahan mentah untuk rawan anda. la dibuat daripada rawan dan tendon lembu. Jika anda mengambil dua bekas kecil setengah aun sehari di dalam jus oren anda dan mengambilnya dengan satu aun mineral koloid bagi satu per seratus paun berat badan, bila saya datang lain kali ke sini dalam 3 bulan, anda akan berlari naik ke pentas, memeluk dan mencium saya jika anda terkena arthritis.

Penyakit Alzheimer

Siapa pemah dengar penyakit Alzheimer? Semua orang pemah. 50 tahun dulu semasa masih kecil, tiada penyakit Alzheimer. Ini penyakit baru. Kini ia adalah penyakit besar. 1 daripada 2 orang yang berumur 70 akan mendapatnya. Cukup menakutkan. Kami belajar 50 tahun dulu dalam industri haiwan bagaimana untuk mencegah dan mengubat penyakit Alzheimer pada haiwan temakan di peringkat awal.

Kerana jika mereka tidak lebih berat beberapa paun sehari, anda pasti kerugian. Kami lakukannya dengan dos Vitamin E yang tinggi dan merendahkan pengambilan minyak sayuran. Pada July 1992, Fakulti Penyelidikan Perubatan Universiti Califomia menyatakan Vitamin E mengurangkan kehilangan ingatan pada pesakit Alzheimer.

Batu Karang

Berapa ramaikah di antara kamu pemah terkena batu karang? Apa yang pertama doktor suruh anda hindarkan? Kalsium. Elakkan bahan tenusu. Mereka silap mempercayai yang kalsium di dalam batu karang anda datangnya daripada kalsium yang dimakan. Sebenamya ia datang daripada tulang anda sendiri apabila anda mengalami radang kekurangan kalsium. Radang osteoporosis, kemudian terkena penyakit batu karang. Kami belajar berabad lamanya daripada penulisan industri pertanian, jika hendak mencegah batu karang pada haiwan temakan, anda patut memberinya lebih kalsium. Anda perlu memberi lebih Magnesium dan Boron. Doktor dan Urologist anda perlu menghantar salinan laporan ini kepada pesakit batu karang. Pada Mac 1993, ia menyatakan, Kalsium mengurangkan risiko batu karang. Kajian Fakulti Perubatan Harvard ini mendapati orang yang dietnya kaya dengan Kalsium mengurangkan risiko pembentukan batu karang. Kajian terhadap lebih 45,000 orang telah dibahagikan kepada 5 katogeri mendapati, kumpulan yang mempunyai kalsium tertinggi tidak terkena batu karang.

Serangan Jantung Dan Strok

Kira-kira 5 tahun dulu, saya memulakan perjuangan saya, dan saya mula bersyarah ke seluruh Amerika. Tahun lepas, saya bersyarah 300 hari daripada 365 hari dan saya putuskan saya perlu ada hobi. Jadi saya putuskan untuk mengumpul obituari doktor dan peguam. Bunyi macam gila, ingat, saya beritahu yang purata doktor hidup ialah 58 tahun. Kita hidup sehingga 75.5 tahun. Mereka ialah profesional yang melarang kita mengambil garam, caffeine, mentega, makan marjerin dan setelah melakukan perkara gila ini, mereka yang hidup 120 dan 140 tahun, setiap hari meletakkan ketulan garam dalam teh mereka dan mereka minum 40 cawan teh sehari dengan 40 ketul garam serta memasak menggunakan mentega sebagai ganti minyak zaitun, mereka masih boleh hidup hingga 120. Jadi siapa yang anda hendak percaya? Yang hidup 58 tahun atau yang hidup 120 tahun? Itu pilihan anda.

Ada beberapa kisah di sini. Antara kegemaran saya. Doktor Stuart Cartwright, umur 38. Dia jatuh mati di rumahnya. Beliau adalah doktor keluarga. Beliau mati akibat ruptured aneurysms. la adalah pembengkakan arteri. Arterinya lemah, disebabkan oleh pemecahan gentian elastik yang berkeadaan rapuh dalam arteri. Kami belajar pada 1957, ruptured aneurysms disebabkan oleh kekurangan Copper. Kami melakukan projek perintis terhadap 250,000 ayam belanda. Kami membuat bekas makanan yang lengkap dengan 90 nutrien. Pada 13 minggu pertama, hampir setengah ayam itu mati. Mereka membawanya ke makmal diagnos kebangsaan untuk autopsi dan mendapati ayam itu mati disebabkan oleh ruptured aortic aneurysms. Setelah menggandakan kandungan copper, mereka menternak 500,000 ekor pada tahun seterusnya. Tiada kematian walau seekor pun akibat ruptured aortic aneurysms.

Mereka menjalankan ujikaji ini terhadap tikus, arnab, anjing, kucing, anak lembu, kambing biri‑biri, babi dan lain‑lain. Teka apa terjadi? Mereka mendapati kesemua penyakit yang bersiri ini berpunca daripada kekurangan copper.

Tanda pertama ialah rambut beruban. Tidak kira berapa umur anda, jika anda beruban, anda kekurangan copper. Kulit anda berkedut kerana keanjalan gentian pada kulit mula habis. Ada kesan di keliling mata, muka dan kulit badan yang berkedut. Anda kelihatan seperti buah prun yang kering. Kemudian, vena varikos. Ini berpunca daripada kerosakan gentian elastik. Sudah tentu sesetengah bahagian badan anda mula melandut di bawah lengan, buah dada, pinggang, kaki, semuanya mula melandut.

Anda boleh pergi ke pakar bedah kosmetik jika anda mahu tetapi adalah lebih murah, efektif dan selamat jika anda mengambil copper. Mungkin Dr. Cartwright mempunyai ijazah perubatan, tetapi dia tidak mempunyai air kencing yang mahal, jadi dia mati akibat penyakit yang ayam belanda pun tidak menghidapinya.

Ada lagi satu. Beliau adalah doktor kepada doktor, Dr. Morgan Carter. Mati ketika 57 tahun. Ijazah perubatannya dari Fakulti Perubatan Harvard dan PHD dari Yale dan sudah tentu dia diautopsi oleh yang terbaik kerana dia adalah doktor kepada doktor. Punca kematiannya ialah “ruptured aortic aneurysms." Menurut Dr. Jewel Hirsch dari Hospital Rockefeller University. Dia mati kerana apa? Kekurangan Copper. Jadi dia pun tidak mempunyai air kencing mahal.

Kemudian terdapat peguam. Beliau agak popular. Berasal dari Detroit, berumur 44 tahun, Allen Joyce Alter. Ahli salah sebuah kelab kesihatan swasta. Beliau juga fidak mempunyai air Kencing yang mahal, kerana dia mati akibat ruptured cerebral aneurysms. Kalau tidak dilakukan autopsi, gejala ini mungkin dipanggil strok atau Cerebral Haemorage. Selalunya disebabkan oleh ruptured aneurysms akibat daripada kekurangan Copper.

Berapa ramaikah yang pemah mendengar nama Dr Stuart Berger? Dia menulis 5 buah buku jualan terbaik tentang Kesihatan, Diet dan Pemakanan. Ijazah perubatannya dari Fakulti Perubatan di Boston. Dia mengarang "Diet Southampton untuk mengurangkan berat badan", "Muda Selama‑lamanya", "20 Tahun Lebih Muda Dalam 20 Minggu", "Bagaimana Menjadi Sendiri Pakar Pemakanan" dan dia mati pada umur 40 tahun. Adakah anda hendak mengikut amalan dietnya? Mati pada umur 40 tahun akibat cardiomyopathy iaitu kekurangan selenium.

Dr Stuart Berger, yang menulis 5 buah buku jualan pemakanan terbaik tidak mempunyai air kencing yang mahal. Kini, anda boleh mencegah cardiomyopathy dengan hanya 10 sen sehari, dan jika tidak dilakukan, kita adalah bodoh sombong. Saya suka memanggilnya bodoh sombong jika anda tidak mengambil Selenium bernilai 10 sen sehari. Hidup anda di sia‑siakan. la adalah satu periuk api yang diperkatakan awal tadi. Pilihan perubatan kepada cardiomyopathy adalah pemindahan jantung bernilai 750,000 dolar walaupun mendapat jantung percuma daripada penderma dan darah percuma untuk pembedahan daripada keluarga. Kita menuruti mereka adalah kerana kecanggihan perubatan itu. Daripada 270 juta orang di Amerika, ia menyelamatkan lebih kurang 50 orang setahun. Adakah kos ini efektif? Mungkin tidak.

Yang terakhir ini, mungkin ramai yang kenal. Namanya Dr. Gale Clark. Dia adalah Ketua Cardiologist di Kumpulan Hospital West Saint Louis County di Pusat Kesihatan Saint Marie, Richmond Heights, Louis County. Berumur 47 tahun. Teka dia mati kerana apa? Serangan jantung cardiomyopathy. Boom! Dia jatuh. Dia diserang sakit jantung di tengah‑tengah dewan. Kalau anda pesakit jantung dan bertanya, "Nurse, apa berlaku di sebelah?" Dia menjawab, "Ketua cardiologist bagi hospital ini, umur 47 tahun, Dr Gale Clark baru sahaja mati akibat serangan jantung Cardiomyopathy." Semua pesakit mengangkat baju mereka, meninggalkan jam, kasut, buku cek dan semuanya kerana tidak mahu mendapat apa yang Dr. Gale Clark dapat.

Mengidam

Mengidam ialah penyakit yang petani tahu ada pada kuda dan lembu tenusu. Apabila mereka mengunyah bekas makanan kayu, anda tahu mereka perlu diberikan mineral. Jika tidak, mereka akan memakan bekas itu. Ini dipanggil mengidam. Pada manusia, wanita mengandung terkenal dengan mengidam. Mereka mengingini mineral kerana fetus menarik keluar mineral dari badan mereka dan mereka perlukan lebih mineral. Jadi, ia dikenalpasti sebagai keinginan kepada sesuatu seperti manisan, garam dan lain‑lain. Di projek perumahan, kanak‑kanak menjilat bahan cat plumbum dari dinding. Mereka mendapat keracunan plumbum, ketidakupayaan belajar, serta masalah tulang dan anemia. Anda hanya perlu memberikan mineral berharga 10 sen sehari.

Tanda Penuaan

Katakanlah anda kekurangan selenium, dan tidak mahu menunggu sehingga terkena penyakit cardiomyopathy dan mati akibat serangan jantung. Lihat tangan anda, lihat muka anda di cermin. Jika anda mempunyai tanda penuaan, anda kekurangan selenium. Ini digelar pemusnahan radikal bebas. Jika anda sudah tahu, dan mula mengambil selenium koloid untuk enam bulan berikutnya, ia akan hilang. Anda boleh menghalangnya dalam 6 bulan. Jika ia hilang di luar, ia juga hilang di dalam. Di otak anda, jantung, hati dan juga ginjal.

Masalah gula dalam darah

Siapa mempunyai masalah gula dalam darah? Kira‑kira 10%. Kekurangan Chromium dan Vanadium boleh menyebabkan masalah gula dalam darah. Jika anda membiarkannya, anda boleh mendapat diabetes. Chromium dan Vanadium.

Kepekakan dan Kebotakan

Kekurangan Tin (Timah) pula, gejala awalnya ialah kebotakan pada lelaki. Saya lihat ramai yang kekurangan Tin di dalam bilik ini. Jika dibiarkan lebih lama, anda akan mengalami kepekakan.

Osteoporosis dan Menopause

Kemudian, kekurangan Boron. Wanita perlu tahu mengenai Boron. la membantu menyimpan kalsium yang anda ambil ke dalam tulang, supaya tidak terkena osteoporosis. Boron membantu menghasilkan estrogen. Jika anda tidak mengambil cukup Boron, wanita akan mengalami kesakitan yang amat sangat sewaktu menopause. Kepada lelaki, jika tiada Boron yang mencukupi, anda tidak boleh menghasilkan testosterone.

Kehilangan Deria Rasa dan Bau

Gejala pertama kekurangan Zinc ialah anda kehilangan deria bau dan deria rasa. Makanan dirasakan tidak sedap lagi walaupun anda tidak mengalami selsema atau sebagainya.

Janqka Hayat dan Mineral Nadir Bumi

Dalam haiwan makmal, kami belajar mengenai tujuh mineral nadir bumi. Anda memerlukan mineral nadir bumi ini lebih sedikit jumlahnya dari keperluan mineral surih. la menggandakan jangka hayat haiwan makmal. la tidak dibuktikan pada manusia lagi, tetapi saya tidak akan menunggu selama 500 tahun lagi untuk doktor mengesahkannya. Mereka masih bertelagah tentang Vitamin C dan kalsium. Jadi, saya akan lakukan. Tidak membunuh mana ­mana haiwan makmal. Cuma menggandakan hidup mereka dan ini bukannya dadah. Mineral nadir bumi ini dipanggil Lanthanum, Praseodymium, Neodymium, Samarium, Europium, Ytterbium dan Thulium.

Keperluan Mengambil Makanan Tambahan

Jadi, ingat apa saya beritahu anda, kita perlukan 90 nutrien. Kita perlukan 60 mineral, 16 vitamin, 12 asid amino, dan 3 asid lemak penting. Anda perlu memakan 15 ke 25 jenis tumbuhan berbeza dalam kombinasi yang betul untuk memastikannya. Walaupun secara teorinya boleh, anda tidak mungkin mendapatnya daripada diet anda. Dan jika hidup anda sungguh bernilai, seperti hidup saya kepada saya, hidup anak dan cucu saya kepada saya, saya akan pastikan yang saya mengambil semua vitamin, asid amino, asid lemak kerana saya jamin yang kita tidak akan mencapai 120 atau 140 tahun, jika tidak melakukannya.

Mineral

Kini, mineral adalah cerita lain. Kita ada kisah tragik bila bercerita tentang mineral kerana tumbuhan tidak boleh membuat mineral walau macam mana sekalipun, atau bentuk apa sekalipun. Jika ia tidak ada di dalam tanah lagi, ia tidak berada dalam tumbuhan kita. Pada 1936, Dokumen #264 Senat US dari Kongres 74, Sesi Kedua menyatakan yang tanah ladang kita telah kehabisan mineral. Tanaman, bijian, buahan dan kacang tumbuh di ladang yang kehabisan mineral. Kemudian, manusia memakannya dan mereka mendapat penyakit akibat kekurangan mineral dan satu‑satunya cara untuk mencegah dan merawatnya ialah dengan pemakanan mineral.

Anda fikir ia bertambah baik. Tidak. la semakin teruk.

Sebabnya, kita hanya menambah NPK ke dalam tanah kita: Nitrogen, Phosphorus, Potassium. Peladang mendapat bayaran hasil mengikut tan dan busyel. Tiada subsidi menggalakkan mereka untuk meletak kembali 60 mineral ke dalam tanah. Cuma mengambil 5 ke 10 tahun untuk menghabiskan mineral di dalam tanah. Setiap kali anda menuai tanaman, tumbuhan menarik mineral dari tanah. Kemudian, mineral akan habis. Anda cuma meletak kembali 3 dan menarik keluar 60. la seperti akaun cek. Jika anda hanya meletak 3 dolar ke dalam akaun setiap bulan dan menulis cek untuk 60, apa terjadi kepada cek anda? BOING... BOING... BOING. Ditendang.

Sebenamya, macam yang saya beritahu, kesihatan kita 'menendang' kini dengan harga 1.2 trilion dolar setahun kerana tiada lagi mineral dalam tanah kita. Ini adalah tanggungjawab kita, setiap seorang daripada kita, bertanggungjawab terhadap kesihatan kita dan sedar tentang pengambilan mineral. Ramai orang bertanya apa yang dilakukan oleh manusia ribuan tahun dahulu. Masyarakat yang mempunyai ramai orang berumur panjang. Saya mahu anda fikirkan tentang orang Mesir, China, India. Mereka hidup di sekitar sungai yang hebat; Sungai Nil, Ganges, Yellow di China. Apa yang berlaku setiap tahun ialah banjir. Apabila banjir teka apa terjadi? Ia membawa kelodak, debu batuan dari pergunungan 400 hingga 1200 batu jauhnya, dan mereka berdoa kepada setiap tuhan yang mereka ada supaya banjir. Mereka berdoa supaya banjir kerana ia membawa kelodak dan mineral ke dalam tanah dan bijian mereka menjadi sungguh berharga.

Kekurangan Kalsium

Semua tahu mengenai Kalsium. Kekurangan kalsium dikaitkan dengan 147 penyakit berbeza. la dinamakan dengan nama seperti Bell's palsy. Sebelah daripada muka anda melandut. la bukannya strok sebenamya. la hanya membabitkan otot muka. Akibat daripada kekurangan Kalsium.

Semua orang tahu mengenai ini. Osteoporosis. Pembunuh no 10 orang dewasa di US. Ia sangat mahal. Berharga 35k dolar setiap pinggul jika hendak diganti. Kedua‑duanya 70k USD. Mrs. Kitt dari Redford, Virginia berumur 115 tahun; mati akibat komplikasi jatuh. Kita tiada osteoporosis pada haiwan ladang kerana peladang memberi anak lembu 10 sen kalsium setiap hari selepas bercerai susu.

Receding Gums

Doktor gigi anda memberitahu, jika hendak mencegah atau merawat receding gums, anda hendaklah memflos dan memberus setiap kali selepas makan. la tidak berkesan. Sebagai veterinar, saya telah lihat ribuan haiwan dari pelbagai spesis tikus, amab, anjng, kucing, kambing, babi, kuda, singa, harimau tidak mengalami receding gums. Dan mereka tidak flos. Sebab mengapa kami tidak mempunyai receding gum pada haiwan ternakan ialah kerana kami menyelesaikan masalah osteoporosis. Receding gums bukannya masalah akibat floss. Sebenarnya, ia adalah osteoporosis tulang rahang dan tulang muka. Jadi, jika anda mendapat gingivitis daripada receding gums, sebenamya anda mendapat osteoporosis pada tulang dan gigi anda terhakis sebelum masanya sedikit demi sedikit.

Ok. Kemudian arthritis, kita bercakap tentangnya tadi. Ingat rawan ayam dan knox gelatine. 85% daripada arthritis disebabkan oleh sambungan tulang. Kita bercakap mengenai de‑generative arthritis, osteo­arthritis, cervical lumbago, rheumatism, semua ini disebabkan oleh osteoporosis daripada sambungan dalam tulang.

Hipertensi

Kemudian, terdapat hipertensi. Apa perkara pertama yang doktor beritahu supaya ditinggalkan bila mendapat darah tinggi... garam? Semua tahu itu. Mungkin mereka fikir kita lebih bodoh dari lembu kerana perkara pertama yang diletakkan untuk haiwan temakan ialah ketulan besar garam. Tiada peladang yang berdaya maju secara ekonomi jika mereka tidak meletak ketulan garam untuk haiwan ternakannya. Mereka akan mati. Kita disuruh percaya yang kita tak perlukan garam. Ingat tentang orang berumur panjang yang meletak ketulan besar garam batu sebesar anggur ke dalam teh mereka dan mereka minum lebih kurang 40 cawan teh sehari. Mereka hidup di altitud tinggi. Sangat kering. Mereka perlu sentiasa dihidrat. Mereka meletak mentega di dalam teh. Mereka meletak dua sudu mentega dan ketulan garam batu.

Ok, doktor yang hidup sehingga 58 tahun, memberitahu ‑ tiada garam, tiada mentega. Mereka yang hidup sehingga 120 tahun, meletak mentega dan garam. Mana nak dipilih. Mereka mengambil 30 juta dolar cukai anda dan selepas 20 tahun kajian, mereka menghentikan 5,000 pesakit darah tinggi daripada ubat mereka dan mengurangkan pengambilan garam dalam diet, dan mereka mati. Diet garam yang ketat dan mereka semua mati. Tidak memeranjatkan.

Mereka yang menilai artikel ini berkata, "Ok, tak mengapa, biarkan sahaja pesakit darah tinggi memakan garam kerana ia tidak mengapa. Malah, risau mengenai garam lebih tertekan daripada mengambil garam." Mereka mempunyai sekumpulan pesakit darah tinggi kawalan seramai 5,000 orang dan mereka gandakan RDA kalsium mereka. Eksperimen itu dihentikan dalam enam minggu kerana 85% daripada mereka sembuh daripada darah tinggi hanya dengan menggandakan pengambilan kalsium mereka.

Insomnia

Kemudian, insomnia. Bila anda tidak dapat tidur waktu malam dan bila anda bangun pada waktu pagi, anda lebih letih dari sebelum tidur. Itu insomnia. Dan kemudian batu karang, cerapan tulang dan mendapan kalsium. Sekali lagi, doktor memberitahu anda perkara pertama yang perlu dijauhi dari diet ialah kalsium dan bahan tenusu kerana mereka percaya dan jahil yang kalsium pada batu karang, cerapan tulang dan mendakan kalsium datangnya dari diet tetapi sebenamya ia datang dari tulang kita bila mengalami radang osteoporosis. Bila anda mendapatnya, anda perlukan lebih kalsium bukannya kurang.

Cramp dan PMS

Kemudian, terdapat kekejangan. Sangat biasa. Kemudian terdapat PMS, sindrom pra‑menstruasi, anda tahu membabitkan emosi dan fizikal. Rawatan perubatan pilihan PMS ialah apa yang kami panggil "hysterical act to me" (kelakuan histeria pada saya). la dipendekkan kepada hysterectomy. Cara pengubatan beratus tahun lamanya. Doktor melakukan 285,000 hysterectomy tidak perlu setiap tahun. Tetapi ia membiayai Mercedes untuk doktor, jadi mereka lakukannya walaupun Persatuan Perubatan Amerika mengatakan tidak perlu tetapi lesen mereka tidak ditarik.

Dan manusia tetap pergi kepada doktor. University of Califomia, mengumumkan 3 tahun dulu hanya dengan menggandakan RDA pengambilan kalsium anda boleh mengelakkan 85% gejala emosi dan fizikal PMS. Akhimya, sakit tulang belakang. 85% orang Amerika mendapat sakit tulang belakang. Masalah sakit belakang hanyalah osteoporosis vertebra dan apabila anda mengalami kekurangan copper.

Hanya dengan harga 10 sen sehari untuk mengatasi masalah kekurangan kalsium. Secara purata, bagi orang Amerika yang berinsurans, kita membelanjakan purata 25,000 ke 250,000 dolar untuk menjalani 5 ke 10 prosedur pembedahan setahun kerana kekurangan kalsium. Kita merayu kepada doktor untuk melakukannya. Mereka tidak memberitahu yang 75% daripadanya; anda tidak akan seperti dulu lagi. Ini pilihan kita.

Mencegah dan Menyembuh Diabetes (Kencing Manis)

Perkara terakhir yang saya ingin berkongsi dengan anda ialah diabetes. Semua pernah terkena diabetes. Sebab kematianyang ketiga di US dan mempunyai komplikasi yang teruk dan kesan sampingan. Kesan sampingan diabetes termasuklah buta. Kerosakan buah pinggang dialisis, pemindahan buah pinggang dan penyakit kardiovaskular. Kemudiannya pemotongan dan seterusnya nyawa anda menjadi pendek. Kami telah belajar pada 1957 dalam industri haiwan dan kami boleh mencegah dan mengubati diabetes dengan 2 mineral surih. Satu terbitan Federal Proceeding, jurnal rasmi Institut Kesihatan Kebangsaan Sains Amerika; 2 mineral surih yang boleh mencegah dan .merawat diabetes ialah Chromium & Vanadium. Vanadium sahaja, menurut Fakulti Perubatan University Vancouver British Columbian, boleh menggantikan insulin pada on‑set diabetes orang dewasa yang mewakili 85% diabetik. Sudah tentu, anda tidak boleh berhenti insulin serta­merta, berhenti beransur‑ansur. Mengambil masa 4 ke 6 bulan bagi kebanyakan orang. Beransur‑ansur berhenti dan pada masa yang sama mengambil chromium dan vanadium dalam jumlah secukupnya. Saya melihatnya berkesan pada ribuan pesakit.

Percaya atau tidak

Terdapat 40 mineral di dalam makanan anjing dan 28 mineral dalam makanan tikus bagi tikus makmal. Kebanyakan rumusan makanan bayi di kedai barangan tidak mempunyai lebih daripada 11 mineral. Jadi, anjing mendapat 40 mineral, tikus mendapat 28 mineral dan bayi mendapat 11. Adakah ini adil? Tidak!!! Bagi saya ini ialah jenayah. Ini satu PENIPUAN!

2 Jenis Mineral

Terdapat 2 jenis mineral yang perlu diperhatikan. Pertama ialah mineral logam. Mineral logam adalah dari permukaan batuan. Contohnya seperti kerang tiram, kulit telur, dolomite, batu kapur, kalsium karbonat, pelbagai jenis tanah liat, tanah liat pergunungan dan mineral dasar laut. Semuanya adalah atom. Penyerapan cuma 8% ke 12%. Apabila umur mencecah 35 ke 40 tahun, penyerapan jatuh ke 3 hingga 5%.

Saya hendak bercerita tentang kawan saya di Michigan yang mengusahakan pemiagaan tandas bergerak. Dia berkata, apabila kami membawanya balik ke kedal untuk dicuci dengan hos tekanan, kami meletak jaring setebal suku inci di bawahnya kerana budak‑budak membuang batu, kayu, permainan ke dalamnya dan jika kami tidak meletak jaring ia akan menyumbat saluran tandas itu. Setiap kali membersihkannya, kami menjumpai ratusan tablet vitamin. Bagaimana anda tahu ia vitamin? "Senang sahaja. Terdapat pada tulisannya. Terdapat perkataan dicetak di situ." Terdapat sebuah bukit kecil vitamin di situ dari tandas bergeraknya. Ia adalah kerana anda tidakboleh menyerap mineral logam. Jika anda membaca label untuk mineral itu, contohnya. ia dalam. bentuk besi oksida.

Apakah dia besi oksida? Karat. Lebih baik anda pergi kelandasan kereta api terdekat dan ambil pisau mentega anda, kikis sedikit karat itu dan jilat. Orang selalu berkata, "Saya ambil banyak kalsium. Saya dengar anda bercakap mengenai kalsium dan arthritis di radio. Saya ambil 2,000 mg kalsium sehari tetapi ia tidak membantu arthritis saya, malah ia semakin teruk. "

"Apa jenis kalsium anda ambil?" Dia berkata, "Calcium Lactate."

"Ya, di situ masalah anda. Kerana 500mg itu ialah kalsium logam, katakan 10% diserap yang bermakna 50 mg. Jadi untuk dapatkan apa yang anda mahu, anda perlu ambil 80 tablet itu setiap hari dan anda ada 59 jenis mineral lagi yang perlu diambil.

Kemudian terdapat orang yang mahu melakukan perkara secara semula jadi. Kita pilih magnesium kerana dalam hijau daun, terdapat banyak magnesium dalam klorofil. Bagaimanapun, anda perlu memakan 200 paun bayam untuk mendapat 1000 miligram magnesium. Terdapat 58 jenis mineral lagi yang perlu diambil. Ini fidak boleh dilakukan, jadi saya memilih, pemakanan tambahan.

Kemudian, sudah tentu, semasa tahun 50an, industri pertanian tampil dengan mineral buatan, kerana peladang tidak bodoh untuk membayar duit bagi mineral yang masuk ke dalam mulut haiwan dan 99% daripadanya keluar sebagai najis. Saya perlu berterima kasih 'Kepada para peladang kerana pandai mencipta mineral buatan tetapi mineral buatan juga hanyalah mineral logam cuma ia dibalut dengan asid amino atau protein atau enzim di sekeliling atom logam dan meningkatkan penyerapan ke 40%. Industri makanan kesihatan terus memilih ini kerana ia adalah peningkatan besar dalam penyerapan.

Cara paling efisyen untuk menyerap mineral ialah dalam bentuk koloid. Bukannya dalam bentuk pil, debuan atau kapsul. la sangat menarik. la adalah cecair. la hanya boleh cecair dan 10 kali ganda penyerapan berbanding mineral logam. Mineral ini adalah 98% penyerapan. 21/2 kali ganda lebih penyerapan berbanding mineral buatan. Saiz partikelnya ialah 7000 kali lebih kecil berbanding sel darah merah dan ia bercaj negatif. Setiap partikelnya bercaj negatif. Sepanjang usus kita bercaj positif.

Jadi, anda sebenarnya mempunyai tarikan elektrik atau magnet yang bertumpu kepada mineral ini sepanjang barisan usus anda. Ketiga‑tiga perkara ini memberikan 98% penyerapan. Kini, tumbuhan memainkan peranan yang sangat menarik dalam mineral koloid. Ingat tentang tumbuhan tidlak boleh mencipta mineral. Jika mineral tiada dalam tanah, tumbuhan tidak dapat membuatnya. Ingat mengenai Senat Dokumen US # 264 yang menyatakan ia tiada dalam tanah lagi. Mineral yang terdapat dalam tanah diambil oleh tumbuhan. Tumbuhan menukarnya di dalam tisu mereka kepada mineral koloid dan inilah caranya kita menyimpan mineral di dalam tubuh. Inilah caranya kita mengguna dan mengangkut mineral dari tempat simpanan ke tempat ia digunakan ‑ dalam bentuk koloid.

Tumbuhan kita tidak mempunyai banyak mineral koloid lagi di dalamnya kerana kita tidak mempunyai banyak mineral logam lagi dalam tanah kita. Ini sangat penting.

Umur Yang Panjang dan Mineral

Masyarakat yang berumur panjang sehingga 120 ke 140 tahun terdapat beberapa persamaan. Mereka tinggal diperkampungan pergunungan tinggi. Setinggi 8,500 ke 14,000 kaki ketinggiannya. Mereka mendapat kurang daripada 2 inci kerpasan setahun. Tiada hujan. Tiada salji. Tiada embun. Ok, tempat yang sangat‑sangat kering.

Teka apa? Mereka mendapat semua air minuman dan pengairan untuk semua tanaman mereka daripada apa yang kita panggil "susu glasier". Simpanan glasier di pergunungan ini untuk setiap masyarakat ini adalah Kira-kira 4 inci setahun denga lebih 60 ke 72 jenis mineral. Air yang keluar dari dasar glasier ini keruh tidak seperti air minuman biasa. Mereka memanggilnya 'Susu Glasier' kerana ia kelihatan seperti susu. Mereka menggunakannya. Meminumnya.

Yang lebih penting, mereka mengairkan tanaman dengannya. Tahun demi tahun, tanaman demi tanaman, selama lebih 2,500 tahun. Mereka tiada diabetes. Tiada sakit jantung, tiada tekanan darah tinggi, tiada arthritis, tiada osteoporosis, tiada kanser, tiada katarak, tiada glaucoma, dan tiada kecacatan kelahiran. Apa yang mereka ada ialah mineral koloid. Mereka tiada doktor, tetapi mereka hidup sehingga 120 hingga 140 tahun tanpa apa‑apa penyakit. Adakah mineral koloid ini penting? Anda pertaruhkan hidup anda yang ia adalah penting. Setiap hari jika anda tidak mengambilnya, anda sebenamya memotong beberapa jam atau beberapa hari dari hidup anda.

Kesimpulan

Kesimpulannya, maklumat memberi anda keupayaan, untuk membuat keputusan dengan yakin. Buatlah keputusan untuk mengawal kesihatan diri dan panjang umur anda hari ini. Anda perlu mengambil langkah yang sepatutnya untuk hidup lebih sihat dan lama. Pengambilan mineral koloid anda hanya berakhir apabila keperluan anda kepada oksigen berakhir.

Anda perlu melengkapkan diet anda dengan 90 nutrien penting setiap masa dan setiap hari dalam kehidupan anda. Jutaanmanusia telah mendengar mesej saya ini di sleluruh pelusuk,dunia dan kini meimbuat keputusan untuk mengambil mineralkoloid sebagai kewajipan seharian. Kini terdapat banyak pengeluar pemakanan tambahan vitamin dan mineral. Pastikan yang anda mendapat mineral koloid dari simpanan sumber tumbuhan organik yang terbaik. Mineral koloid adalah sumber mineral terbaik untuk tubuh badan kita. Bukannya mineral dari permukaan batuan‑. Semoga Panjang Umur dan,Selamat Maju Jaya.

Sinopsis

Dr. Joel Wallach menyampaikan mesejnya dengan sepenuh hati berdasarkan kekayaan pengalaman hidup beliau dalam bidang perubatan dan kelayakan saintifik. Beliau mengemukakan kepada kita kumpulan bukti‑bukti forensik hasil ribuan autopsi dan kejayaan rawatan klinikal yang dikendalikan oleh beliau.

Mesej Beliau:

Tubuh manusia secara genetiknya direka untuk hidup sekurang‑kurangnya 120 ke 140 tahun jika bebas daripada penyakit. Semua kematian secara semulajadi disebabkan penyakit boleh dikaitkan dengan kekurangan khasiat pemakanan, terutamanya kekurangan mineral. Tubuh manusia bersedia untuk menerima mineral dalam bentuk ekstrakan tumbuhan koloid. Kita memerlukan 90 nutrien termasuklah 60 mineral, 16 vitamin, 12 jenis asid amino dan 3 jenis asid lemak penting setiap hari dalam jumlah optimum untuk hidup sehingga potensi genetik maksimum serta bebas penyakit.

Jika kita tidak melakukannya, kita tidak akan mencapainya. Dead doctors don't lie! Autopsi tidak berbohong.

Pada tahun 1991, Dr. Wallach telah dicalonkan untuk Hadiah Nobel.

Keperluan anda kepada mineral berakhir hanya apabila keperluan anda kepada oksigen berakhir.